Logo

Barisan Penceramah

  HJ. MD TAIB MAT
(NLP Sepintas Lalu)
MTM Consultants Sdn. Bhd.
Beliau adalah seorang life coach & pakar motivasi dengan pengalaman lebih dari 30 tahun. Beliau juga adalah seorang jurulatih NLP bertauliah “Certified NLP Trainer (NFNLP, USA), certified Meta Coach (ACMC) NLP Master Practitioner, NLP & Neuro Semantics Practitioner. Mempunyai ijazah MBA (International Business) USC, BSc Agribusiness Economics (SIU-C) dan Diploma Sains Pertanian (UPM). Penulis buku motivasi “Anda Berhak Hebat” ini telah banyak mengendalikan kursus pembangunan diri di Malaysia dan Brunei. Ribuan individu telah mengikuti programnya dari kalangan profesional, eksekutif perniagaan, pegawai kerajaan dan tentera, guru-guru, ibu bapa dan pelajar. Di antara organisasi yang pernah menyertai programnya ialah JPJ, CIMA, UUM, UKM, UTM, UiTM, UIA, Yayasan Basmi Kemiskinan, Brunei Armed Forces, Baitulmal Sarawak, SIT International College, Jabatan Koperasi Malaysia, NPC, MBSA, Jabatan Tenaga Rakyat, Royal Army Engineer, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Jabatan Mufti Negeri Sembilan dll. Program motivasi terbesar dikendalikan beliau telah dihadiri lebih daripada 1,200 pelajar yang bakal menduduki SPM dan PMR di Auditorium MBSA Shah Alam.

PROF. MADYA WAN ZULKIFLI BIN WAN YUSOF
(NLP dalam Komunikasi)
Ketua Unit Pembangunan Profesional, UTMSPACE
Profesor Madya Wan Zulkifli bin Wan Yusof kini memegang jawatan sebagai Ketua Unit Pembangunan Profesional di Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE) UTM Skudai. Beliau juga adalah seorang staf akademik di Fakulti Kejuruteraan Awam UTM dan beliau mendapat pendidikan lanjutan di Loughborough University of Technology. United Kingdom. Berpengalaman hampir 20 tahun mengendalikan pelbagai kursus dan bengkel untuk para profesional dan masyarakat umum. Antara para peserta yang pernah mengikuti ceramah dan bengkelnya adalah terdiri daripada Jurutera Kanan JKR, Pegawai Kanan Polis Di Raja, Pegawai Kementerian Dalam Negeri, Pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR), Pemimpin Belia, Pegawai Kanan KADA Kelantan, Pegawai FELDA, Pegawai KESEDAR, Ketua Jabatan Kerajaan dan Syarikat Swasta, Pengurus Projek, Konsultan, Kontraktor Pembinaan, Pensyarah IPTA dan IPTS, Usahawan,Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan, Belia dan Beliawanis, Tenaga Pengajar dan Pemimpin Pelajar Universiti Tempatan. Beliau juga berpengalaman menjadi penceramah untuk program anjuran MARA, PERWAJA, Persatuan Kontraktor Melayu, Pusat Matrikulasi dan sekolah-sekolah di Seluruh Malaysia. Beliau merupakan Certified Practitioner and Master Trainer untuk CREDO Personality Profiling (CPP), Pengamal NLP Bertauliah (NFNLP, USA), Ahli New Zealand Institute Of Management (MNZIM), Ahli American Management Association (AMA), Ahli Malaysia Institute Of Management (MMIM) dan The Malaysian Association of Professional Speakers (MAPS).

  Prof Madya Syed Mohamed Shafeq Syed Mansor
(NLP dalam Terapi/Kaunseling)
Prof. Madya Syed Mohamed Syafeq B. Syed Mansor merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Pendidikan, Universiti Putra Malaysia dan seterusnya memperolehi Sarjana Pendidikan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Mula berkhidmat di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1991 dan berpengalaman luas dalam menyampaikan sesi latihan, mengendalikan bengkel dan kursus kaunseling serta kursus kemahiran tolong bantu. Antara latihan dan bengkel yang pernah dikendalikan ialah Kursus Pengendalian Kaunseling, Kursus Motivasi, Bengkel Pengurusan Stres, Kursus Peningkatan Diri, Bengkel Pengurusan Awam serta Kemahiran Komunikasi Intepersonal.

Antara organisasi yang pernah menggunakan khidmat beliau ialah Sime Darby Engineering Sdn. Bhd, Universiti Tun Hussein Onn, Kastam Di Raja Malaysia, Johor Corporation, Jabatan Penerangan Malaysia, Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) dan Universiti Malaysia Pahang.

KAPT. (B) SUDIRMAN BIN HAJI AHMAD
(NLP dalam Sukan)
Beliau telah berkhidmat selama 25 tahun dalam regimen gerak khas Angkatan Tentera Malaysia yang lebih dikenali sebagai komando dan kemudiannya di Jabatan Perdana Menteri (JPM) iaitu di Biro Tata Negara (BTN). Semasa dalam angkatan tentera beliau pernah menjadi pegawai latihan di Pusat Latihan Gerak Khas Sungai Udang dan Maktab Tentera Diraja Sungai Besi. Semasa di BTN, beliau turut terlibat secara langsung dalam pelbagai program latihan dan juga mengendalikan latihan kepada para pegawai peringkat atasan (Jemaah Menteri) hinggalah kepada ribuan masyarakat umum. Mempunyai latar belakang khusus dalam peperangan psikologi dan mengikuti banyak latihan di dalam dan luar negara seperti di Amerika Syarikat dan negara-negara serantau. Program-program beliau banyak memberi penekanan kepada team-building berprestasi tinggi, kekuatan tenaga dalaman, ketahanan diri dan metafizik.

  Zainuddin Bin Ali
(NLP dalam Latihan)
Telah menamatkan pendidikan diperingkat Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Utara Malaysia (UUM) serta Ijazah Pentadbiran Perniagaan di Royal Melbourne Institute Technology (RMIT). Beliau adalah seorang konsultan yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang perbankan. Beliau merupakan ahli Malaysian Institute of Management serta memiliki Certified Neuro Linguastic Programming Practitioner (USA). Sepanjang kerjaya di dalam sektor perbankan pelbagai jawatan pernah disandang anratanya adalah Pengurus Pemasaran, Pengurus Pembangunan Produk, Pengurus Cawangan dan Pengurus Latihan. Beliau Sangat berpengalaman dan memiliki kekuatan dalam bidang Sistem Perbankan, Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Sumber Manusia. Tajuk kursus yang pernah disampaikan adalah kursus Khidmat Pelangan Cemerlang, Pemasaran, Kejurujualan, Latihan untuk Jurulatih (Train the trainers), Perbankan Syariah, Meningkatkan Motivasi Pekerja, Pengurusan Barisan Hadapan Yang cemerlang, Penyelia yang berkesan, Pengurusan Masa yang efektif, Bengkel Kemahiran Belajar, Budaya Kerja Cemerlang, Coaching, Hubungan Insan Produktif, Sikap Dan Pemikiran Positif, Team Building, serta Etiket dan Hubungan dengan Ketua. Antara agensi yang pernah mengikuti kursus beliau adalah MAMPU, Institut Pentadbiran Awam Negara – INTAN, Maktab Kerjasama Cawangan Sabah, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pusat Khidmat Kontraktor, AGRO Bank, Bank Rakyat dan Institut Latihan Islam Malaysia – ILIM.

Dr. Jaafar b. Che Mat
(NLP dalam Kepimpinan)
Dr. Jaafar bin Che merupakan Pengarah HOSPITAL TUANKU JA’AFAR, SEREMBAN. Beliau telah menamatkan pengajian dalam jurusan Master Hospital Administration di University of New South Wales, Australia . Berpengalaman dalam bidang perubatan hampir 20 tahun. Sepanjang kerjaya dalam bidang perubatan, beliau turut memberikan khidmat sebagai fasilitator/penceramah. Antaranya adalah Kursus Nilai-Nilai Murni dan Kursus Budaya Korporat samada di Peringkat Hospital/ Pejabat Kesihatan Daerah/Jabatan Kesihatan Negeri/ Kementerian Kesihatan Malaysia

  RAJA KAMARIAH RAJA HJ MOHD KHALID
(NLP dalam Pengurusan Stres & EQ)
Beliau merupakan seorang yang berpengalaman luas di dalam bidang Psikologi dan mendapat pendidikan di dalambidang tersebut dari Otago University of New Zealand, University of Sedona; Arizona dan UIA. Menjalani latihan Profesionalnya terutama di Amerika Syarikat dan merupakan Pengamal Metaphysical, Silva Mind Control, Certified Psycho-Spiritual Hypnotherapist, Certified Master Practitioner NLP, Certified Practitioner Neuro Semantics and Time Lines Therapy, Accredited Administrator Myer-Briggs Type Indicator, Asianic Psychological Press dan Certified Peer Group Counselor. Kini menjawat jawatan sebagai Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di Jabatan Perdana Menteri.

SAMSUDIN BIN MOHAMED
(NLP dalam Kaunseling)
Beliau menamatkan pengajian peringkat Sarjana, pengkhususan dalam bidang Kurikulum dan Pedagogi dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Menganggotai badan profesional iaitu PERKAMA dan pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah di Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran dari tahun 2006-2007. Kini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Pengurusan Psikologi)

Anjuran

 

 
Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE) Akademi NLP Malaysia